August 28, 2009

Merdeka Ke 52 - 1 Malaysia

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52
Tema Hari Merdeka ke 52
Rakyat Di Dahulukan
Pencapaian Diutamakan

Pneumokokal Vaksin

Aku bercadang nak ambik vaksin ni untuk ARA, anak aku kan duduk kat nursery pontensi terkena jangkitan penyakit tu besar..



INFO DARI http://www.myhealth.gov.my/myhealth
Pneumokokal menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria ptreptococcus S.pneumoniae? yang juga dikenali sebagai pneumokokus?

Patogen bakteria ini yang menyerang kanak-kanak dan orang dewasa, ialah punca penyakit dan kematian utama di seluruh dunia.

Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan menakluki?saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Penyakit yang serius dan invasif dinamakan penyakit pneumokokal invasif, yang mana bakteria boleh diasing daripada darah, csf, cecair pleural atau bahagian lain yang biasanya stril.

Pneumokokal invasif termasuklah bakteremia (jangkitan bakteria darah), meningitis (jangkitan bakteria membran korda spina dan otak), dan pneumonia bakteremia.

Penyebaran pneumokokus daripada nasofarinks ke saluran pernafasan atas dan bawah menyebabkan penyakit pneumokokal invasif, termasuk peneumonia bukan bakteremia (radang paru-paru), otitis media akut (radang telinga tengah) dan sinusitis (jangkitan sinus). Jika tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, gangguan pembelajaran, kelewatan berturut, palsi serebrum, kecacatan mental dan kadangkala kematian.

Beberapa faktor meningkatkan risiko kanak-kanak mengalami jangkitan pneumokokus. Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi, kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah.
Daya tahan yang lebih lemah disebabkan masalah seperti kekurangan imun kongenital atau HIV juga mengurangkan risiko jangkitan. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan berkenaan.

Sejak 30 tahun lepas, ada pertambahan dari segi strain S.pneumoniae yang mempunyai daya tahan terhadap penisilin dan antibiotik lain. Penularan strain pneumokokus yang tahan antibiotik terus meningkat di seluruh dunia. Akibatnya peranan yang dimainkan oleh vaksin untuk mencegah penyakit kini semakin penting.

Hingga kini vaksin berkenaan boleh didapati pada harga antara RM280 hingga RM320 untuk satu dos

August 25, 2009

Akhirnye

Setelah serangan demi serangan di buat oleh budak2 ni..
Akhirnye Group of HR mengalah & keluar kan MEMO yang kitaorg blh balik kul 5pm during ramadhan month.SYUKUR tak lah aku berbuka tengah jalan :-).

Citer pasal berbuka ni,tadi aku sibuk menggoogle cari simple resepi untuk petang ni,cari punyer cari satu pun, aku rasa macam tak sesuai je..Akhir sekali aku decide buat mee hoon goreng je lah senang tak payah susah bagai2,my cinta bab makan dia tak cerewet lebih2 lagi sekarang ni dia sibuk nak kuruskan badan.Aku je masih belum ready nak kurang kan sikit berat badan aku yang naik mendadak sejak melahirkan ARA..

** Hujung minggu ni long weekend aku tengah fikir2 nak gi mana ni..

August 24, 2009

Bosan Lerr

Bosannye aku pagi ni..senior sales manager aku baru balik dr MC,4 hari MC tu,dia mulalah menyemak kan fikiran aku dengan benda2 yg entah pe entah..sebagai org yg semua perlu tahu & tahu segalanye berkaitan dgn office ni aku penat lah dengan dia ni..jap2 panggil nama aku tanye tu lah tanye ni lah..

Lagi satu perkara lg yg buat mood aku hilang,HR dah keluar kan MEMO waktu bekerja sama seperti biasa 8.00am-5.45pm tiada lg mcm tahun2 yg lepas waktu kerja bg muslim di bulan puasa
8.00am-5.00pm..dah lah nursery ARA tutup kul 6ptg masa bulan puasa klu aku balik kul 5.45pm mcm ner aku nak settlekan anak aku tu,kesian anak aku tinggal sorang2 kat nursery tu,umah aku lak hujung dunia,dr office ke umah aku mengambil masa 1 jam tu campur dengan jalan jam sekali lah,my cinta office pun kat KL gak & aku lak menumpang dia ni yg buat kitaorg stuck .Klu aku nak balik sendiri kul 8mlm br sampai umah but my cinta tak mahu lepaskan aku katanye nanti aku melencong ke tempat lain lak.. tunggu2 tak sampai umah..kelakarkan dia ni..Selepas semuanye staff melayu kat sini buat bising Group Dicrector of Sales aku suruh keluarkan letter reason kenapa nak balik awal.Suka -suka je diaorg ni..Aku dengar ade gak dept lain yg hantar surat bantahan tp HR tak layan..bila keadaan semakin teruk nanti aku ghaibkan lah diriku sendiri..

August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan



Selamat Menyambut kehadiran RAMADHAN yang mulia semoga kita semua menjalankan ibadah puasa dengan sebaik-baiknye dan penuh keinsafan,kesyukuran & kesederhanaan.

" Ara "




Anak ini bila aku ade di umah dia terlalu lah manja sehinggakan tak mahu letak langsung asyik mengangkat tangan minta di dukung..bila aku tak layan permintaan dia,dia akan menjerit bagai di dera, satu taman dengar suara dia tu..
kadang2 tu tension gak aku dengan dia tp kerna sayang aku angkat juga lah dia..
"Ara anak mummy jgn lah nangis kan mummy ade ni"bila aku angkat je automatik nangis dia akan berhenti,pandainye dia sampai aku rasa nak cubit2 je dia..sebelah tangan pegang dia sebelah tangan buat keja,naik lenguh tangan aku,dia pulak sanggup berpeluh2 janji dia aku dukung..sayangnye aku pada budak Ara ni..

August 19, 2009

Intro

Akhirnye..aku ade mase untuk ini..