May 25, 2010

My New Born

presenting..




Nur Chempaka Airis

3.29kg,12.29pm May 18 2010..

Hospital Putrajaya

May 13, 2010

38 Weeks

Dah masuk 38 weeks..penat dah menunggu,masa aira dulu 37 weeks si comel tu dah keluar..aku pun dah tak sabar nak cuti ni..kat office pun budak part time yang ganti aku pun dah start keja..aku pun dah tak de mood nak keja ni..my cinta suggest aku ambik je MC start mingggu depan,dia risau aku tiba2 sakit nak bersalin masa kat office..kelam kabut di buat nye nanti..semua persiapan untuk sambut baby baru ni dah ready dah..bag ke hospital pun aku letak kat living room supaya senang my cinta nak capai bila saat2 nak bersalin tu tiba..
17 May ni ke KK Seri Kembangan untuk buat monthly check up..harap2 semuanye berjalan lancar tak de problem..takut kan saat2 akhir ni..

May 12, 2010

Kenal ABC

Zaman aku dulu, masuk tadika 6 tahun baru mula belajar nak kenal ABC, tapi zaman sekarang, kalau masuk 6 tahun masih lagi tak tahu membaca, alamatnya ketinggalan ler anak kita. Risau sungguh aku kalau anak aku  tergolong dalam kumpulan ini.Sekarang ni aku cuba kenalkan dia dengan huruf2,belikan buku2,vcd,flash card..aku juga cuba cari tips2 untuk mengajar anak membaca..Aku dapati cara yang paling mudah, bagi aku lah..dengan cara menyanyi,ajar ABC melalui lagu..tak kira lah suara aku tak sedap ke sumbang ke apa ke ..




aku dapati dia lebih cepat ingat berbanding dengan cara sebutan..nak ajar budak2 kita kenalah jadi macam budak2..bila dia pandai sebut satu2 huruf tu kita berilah pujian yang melangit pada dia sambil tepuk tangan cause dah pandai baca ABC ..baru lah dia ade semangat nak belajar..jangan lak kita pukul2 or marah2 kat dia kalau dia lambat nak sebut satu2 perkataan tu,bukan bermaksud anak2 ni bodoh cuma lambat skit je & ambik masa..kena lah sabar & rajin bila kita mengajar anak2 ini..1 hari 1 huruf lama2 dia hafal lah semua huruf tu..

May 2, 2010

Dah pandai nak melawa dah dia

Memang tak dinafikan wanita memang obses pada kecantikan.Menjadi fitrah manusia juga suka kepada kecantikan. Memang Allah buat naluri kita macam tu..Macam anak dara aku ni dah pandai nak melawa,umur baru 1 tahun lebih nak pandai nak bergaya..dah tahu ini untuk apa.. itu nak letak kat mana..

Selasa lepas aku lunch di  KLCC..macam biasalah bila dah ade kat shopping mall tak duit pun boleh jadi ade duit..aku lajak lah kat GAP butik konon2 nak tengok baju baby untuk baru ni ..saje2 nak cuci mata,memang tak ade niat pun nak beli lagi pun gaji belum keluar lagi..tiba2 aku ternampak sandle untuk aira..punya lah minat bila tengok pada harganye mcm berbaloi je beli "value for money" RM50++ je..aku pun capai tanpa fikir panjang2 terus  bayar je..Boleh lah budak comel ni pakai ke nursery selama ni aku dukung je dia cause dari umah ke nursery aira cuma selang 2 biji umah je..aku pun dah tak larat nak dukung dia memandangkan aku pun dah masuk 36 weeks..
Aku try pakaikan dia sandle tu,satu umah dia jalan nak memperagakan sandle baru dia,suka dia..tersenyum2..bila time nak buka sandle tu berguling2..menjerit2 dia tak nak bukak..puas pujuk dengan benda lain tak jalan gak..terjerit2..sampai penat tertido..kesian anak dara aku ni..