August 28, 2009

Pneumokokal Vaksin

Aku bercadang nak ambik vaksin ni untuk ARA, anak aku kan duduk kat nursery pontensi terkena jangkitan penyakit tu besar..



INFO DARI http://www.myhealth.gov.my/myhealth
Pneumokokal menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria ptreptococcus S.pneumoniae? yang juga dikenali sebagai pneumokokus?

Patogen bakteria ini yang menyerang kanak-kanak dan orang dewasa, ialah punca penyakit dan kematian utama di seluruh dunia.

Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan menakluki?saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Penyakit yang serius dan invasif dinamakan penyakit pneumokokal invasif, yang mana bakteria boleh diasing daripada darah, csf, cecair pleural atau bahagian lain yang biasanya stril.

Pneumokokal invasif termasuklah bakteremia (jangkitan bakteria darah), meningitis (jangkitan bakteria membran korda spina dan otak), dan pneumonia bakteremia.

Penyebaran pneumokokus daripada nasofarinks ke saluran pernafasan atas dan bawah menyebabkan penyakit pneumokokal invasif, termasuk peneumonia bukan bakteremia (radang paru-paru), otitis media akut (radang telinga tengah) dan sinusitis (jangkitan sinus). Jika tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, gangguan pembelajaran, kelewatan berturut, palsi serebrum, kecacatan mental dan kadangkala kematian.

Beberapa faktor meningkatkan risiko kanak-kanak mengalami jangkitan pneumokokus. Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi, kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah.
Daya tahan yang lebih lemah disebabkan masalah seperti kekurangan imun kongenital atau HIV juga mengurangkan risiko jangkitan. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan berkenaan.

Sejak 30 tahun lepas, ada pertambahan dari segi strain S.pneumoniae yang mempunyai daya tahan terhadap penisilin dan antibiotik lain. Penularan strain pneumokokus yang tahan antibiotik terus meningkat di seluruh dunia. Akibatnya peranan yang dimainkan oleh vaksin untuk mencegah penyakit kini semakin penting.

Hingga kini vaksin berkenaan boleh didapati pada harga antara RM280 hingga RM320 untuk satu dos

No comments:

Post a Comment