December 29, 2010

Hati Bicara Rindu

Hati bicara rindu...ewahhh bermadah helah ..hati rindu sangat kat kampung,mak abah,adik beradik,anak buah,kucing2,ayam2 & suasana kampung,yang paling penting masakan mak aku,nak hirup udara nyaman di kampung,bila pagi buka tingkap tengok embun membasahi rumput2 yg panjang kat umah mak aku tu(tu yg membuat aku ghindu)ayam berkokok bersahutan bak kata aira "kuuk kuuk kuuk"bila nampak ayam..kucing mengiau2 lapar pagi2,umah mak aku tepi sawah so bila pagi tu punyer lah sejuk huhhh seronoknye tido sampai tengahari..

Planning nak balik ke melaka 7 Jan ni kebetulan mak aku nak sponser besday party untuk aira so aku dgn senang hati nye mengambil kesempatan..seronoknye tak yah keluar duit,cuma beli kek je..Selalunye bila balik melaka mesti tak kemana2,sebelum2 tu punyer lah planning macam2 nak ke situ lah ke sini lah bila sampai actual date 1 pun tak menjadi,akhirnye duduk umah peluk2 mak aku..hahahaha..lg beberapa hari nak balik kampung ni hati dah tak de lagi dah kat sini..tak sabar2 ni..hari2 dok citer dengan aira & airis walaupun anak2 aku ni tak berapa nak faham..tak pe janji ade gak tempat meluahkan rasa..fooyoh..

December 25, 2010

Happy Birthday


Ho Ho Ho Ho,today is my besday..life makin bz, masa pantas berlalu..
umur makin meningkat, banyak perancangan yang perlu difikir untuk diri sendiri & anak2.
Perlukan tekad,nekad & pengorbanan untuk berjaya masa hadapan.
Moga Allah limpahkan rezeki & kesihatan yang baik supaya dapat menjalani hidup didunia ini
dengan aman & bahagia.
NO PARTY ..NO PRESENT, tahun ni tak harap pe2.. terlalu banyak yang perlu difikirkan & dikejar kan
tapi kalau ade kejutan dari yang tersayang akan aku terima dengan senyuman bahagia.

December 23, 2010

Fuhhh

Kerja seperti biasa,fuhhh rasa loya,sakit mata bila tengok atas meja ade 3 last minute event untuk minggu depan..nak preparekan event order untuk event2 ni rasa loya2 tekak aku..walau macam pun menyampah aku tetap gak kena buat kerana ini dah tanggungjawab aku..1/2 hari aku abis masa untuk settlekan benda2 ni,tak boleh nak cilok2,gelak2 dengan org2 sebelah kena concentrate 100% takut ade yang tertinggal benda yang penting..
Walaupun sibuk aku tetap menjalankan rutin mengepam 3x supaya anak aku yang comel tu tak kehausan esoknye..stok2 tu macam sayang je(kedekut)nak guna,tunggu sampai tarikh luput baru aku keluarkan..sekarang ni aku agak malas nak mengepam waktu malam,bila aku bangun je airis pun sibuk bangun,mulalah dia merenget2 walaupun dia baru je susu.Bila aku baring balik sebelah dia mulah lah dia mengiring mencari2,bila dah start bagi aku pun teruslah hanyut,tertido aku..terhenti kerja aku..otak pun proses tunggu pagi lah,jawabnye sampai tempat keja lah aku baru pump..huhhh..angin malas ni patut dibuang ,jauh lagi perjalanan ni..Sejak airis dah makan ni dia kurang minum susu,cikgu dia selalu complain
dia main2 minum susu..aku akan bekalkan 5 botol 4oz dari 8am-7pm..mesti ade balance 1 botol yang tak terusik.risau gak anak aku ni turun berat nye nanti..

December 22, 2010

Lepaking Kat Umah

Hari ni MC, lepaking dengan airis,Aira pos kat nursery..perut masih sakit walaupun dah telan ubat.Airis pulak bila duduk berdua dengan aku dia makin kada2,setiap 1 jam menyusu,makan tak mahu,suap makan dia semburkan balik.Penat mummy dia masak bubur,nak berkepit je ..hilang aku mulalah dia kamuk2 menangis macam kena dera, nampak je muka aku automatik senyap.pandai berlakon anak aku ni..
Kat sini dah nak hujan tido sedap ni..tapi dapat ke aku lena klu budak kecik ni asyik membebel2 & tarik baju aku je..

December 21, 2010

Sakit Perut Lahhh

Arghhhh..Sakit perut..GASTRIK penyakit ni mmg ade dalam badan aku..sakit semua sendi2 aku bila kena gastrik,ni semua gara2 lewat makan semalam,semalam agak kelam kabut sikit, pagi bawak anak2 ke klinik untuk monthly check up,pastu sibuk dengan botol2 susu airis nak ke nursery & aku pun rushing nak ke tempat kerja,beban kerja yang melambak membuatkan aku tak lalu nak ambik cuti..
Malamnye aku dah makan ubat tapi tak gak jalan,pagi ni dengan yakin nye aku ke tempat keja..tapi malangnye penyakit ni datang lagi..tak boleh tahan rasa nak balik je tp rasa rugi lak,esok je lah ambik MC,boleh rehat 1 hr kat umah..huhuhu

December 20, 2010

My 2A's

Lamanye tak updated pasal anak2..agak bz skit sekarang maklum lah anak rapat2 ni macam jaga anak kembar..
Aira sekarang dah 23 bulan, bulan depan dah masuk 2 tahun,sangat active panjat2 sana sini,umah tu abis di kemas nye,bila aku masak kat dapur dia gak sibuk kat dapur..kalau terlebih active sangat,mula suara tarzan aku keluar bila tak jalan gak aku cubit manja sikit kat dia..mmhhh geramnye.. dah pandai cakap sikit2.. ada gak word yang jelas dia sebut such as " Jatuh " Gigit" favorite words dia " NO NO NO ",bila kita larang dia kluar lah word ni siap dengan jari dia bergoyang2..(*cute+geram*)selebihnye dia cakap bahasa German dia lah,dah pandai buat macam2 watak,berlakon jadi nurse lah,jadi mummy lah..sukanye aku tengok tergelak aku sampai berguling2.cepatnye masa berlalu tak sedar aku,rindu saat2 dia masa baby dulu..

Aira 23 Bulan

Airis or we call her AISH or ADIK dah masuk 7 bulan,tengah excited nak merangkak + duduk,tengah sibuk practice sekarang ni..agak tembam sikit berat nye dah 9kg huhhh lengoh tangan aku bila breastfeed kan dia..bila tido dia nak kita peluk dia,(kat umah je mcm tu kat nursery pandai lak dia bawak diri)very good girl,malam ku agak lena skit cause airis jarang terkejut untuk susu,aku je risau bangat takut dia tak cukup susu tp bila aku bagi dia susu dia akan tutup mulut dia rapat,kalau aku paksa maka mengamuk lah dia,macam kena dera..Airis tak banyak ragam senyum je, tak macam aira ade yang tak kena pada dia maka mengamukla dia 1 taman boleh dengar,Airis paling suka bila nampak kakak dia,senyum2 manja dia..aira ikut mood klu mood baik dia layanlah adik dia,klu mood tak berapa baik kena cubit lah si airis tu maka menangis terjeritlah si airis tu,bila tanye kenapa aira pukul airis dia jawab "Aish gigit" ade dia kata Airi gigit dia mn ler si tembam tu ade gigi aira hoi....Airis lebih rapat dengan aku,maklumlah dari dalam pantang sampai lah ni, aku je yg jaga dia,my chinta sibuk dengan aira, kadang2 je tengok airis bila aku tak de..
Airis 7 Bulan

November 19, 2010

a Little REWARD

Syukur Pada ALLAH, 6 month fully breastfeed & my besday is coming up,think a little something to reward myself ..apa ya???.An expensive & exclusive thing..

May 25, 2010

My New Born

presenting..




Nur Chempaka Airis

3.29kg,12.29pm May 18 2010..

Hospital Putrajaya

May 13, 2010

38 Weeks

Dah masuk 38 weeks..penat dah menunggu,masa aira dulu 37 weeks si comel tu dah keluar..aku pun dah tak sabar nak cuti ni..kat office pun budak part time yang ganti aku pun dah start keja..aku pun dah tak de mood nak keja ni..my cinta suggest aku ambik je MC start mingggu depan,dia risau aku tiba2 sakit nak bersalin masa kat office..kelam kabut di buat nye nanti..semua persiapan untuk sambut baby baru ni dah ready dah..bag ke hospital pun aku letak kat living room supaya senang my cinta nak capai bila saat2 nak bersalin tu tiba..
17 May ni ke KK Seri Kembangan untuk buat monthly check up..harap2 semuanye berjalan lancar tak de problem..takut kan saat2 akhir ni..

May 12, 2010

Kenal ABC

Zaman aku dulu, masuk tadika 6 tahun baru mula belajar nak kenal ABC, tapi zaman sekarang, kalau masuk 6 tahun masih lagi tak tahu membaca, alamatnya ketinggalan ler anak kita. Risau sungguh aku kalau anak aku  tergolong dalam kumpulan ini.Sekarang ni aku cuba kenalkan dia dengan huruf2,belikan buku2,vcd,flash card..aku juga cuba cari tips2 untuk mengajar anak membaca..Aku dapati cara yang paling mudah, bagi aku lah..dengan cara menyanyi,ajar ABC melalui lagu..tak kira lah suara aku tak sedap ke sumbang ke apa ke ..




aku dapati dia lebih cepat ingat berbanding dengan cara sebutan..nak ajar budak2 kita kenalah jadi macam budak2..bila dia pandai sebut satu2 huruf tu kita berilah pujian yang melangit pada dia sambil tepuk tangan cause dah pandai baca ABC ..baru lah dia ade semangat nak belajar..jangan lak kita pukul2 or marah2 kat dia kalau dia lambat nak sebut satu2 perkataan tu,bukan bermaksud anak2 ni bodoh cuma lambat skit je & ambik masa..kena lah sabar & rajin bila kita mengajar anak2 ini..1 hari 1 huruf lama2 dia hafal lah semua huruf tu..

May 2, 2010

Dah pandai nak melawa dah dia

Memang tak dinafikan wanita memang obses pada kecantikan.Menjadi fitrah manusia juga suka kepada kecantikan. Memang Allah buat naluri kita macam tu..Macam anak dara aku ni dah pandai nak melawa,umur baru 1 tahun lebih nak pandai nak bergaya..dah tahu ini untuk apa.. itu nak letak kat mana..

Selasa lepas aku lunch di  KLCC..macam biasalah bila dah ade kat shopping mall tak duit pun boleh jadi ade duit..aku lajak lah kat GAP butik konon2 nak tengok baju baby untuk baru ni ..saje2 nak cuci mata,memang tak ade niat pun nak beli lagi pun gaji belum keluar lagi..tiba2 aku ternampak sandle untuk aira..punya lah minat bila tengok pada harganye mcm berbaloi je beli "value for money" RM50++ je..aku pun capai tanpa fikir panjang2 terus  bayar je..Boleh lah budak comel ni pakai ke nursery selama ni aku dukung je dia cause dari umah ke nursery aira cuma selang 2 biji umah je..aku pun dah tak larat nak dukung dia memandangkan aku pun dah masuk 36 weeks..
Aku try pakaikan dia sandle tu,satu umah dia jalan nak memperagakan sandle baru dia,suka dia..tersenyum2..bila time nak buka sandle tu berguling2..menjerit2 dia tak nak bukak..puas pujuk dengan benda lain tak jalan gak..terjerit2..sampai penat tertido..kesian anak dara aku ni..

April 15, 2010

" Simpan Duit "

"Simpan Duit " tiap2 bulan tu wajib bagi aku..ni bukan pasal nak cepat kaya ho! ho! ho! tapi untuk kesenangan & keselesaan hidup je.. Banyak acct yang aku buka,simpanan untuk mati,simpanan untuk holiday + aku punyer wish list(ni aku buat yearly),simpanan untuk emergency..penting semua ni bagi aku..

Nak simpan duit ni perlukan displin yang kuat dalam diri..kita perlu buat pengorbanan nafsu tahap maksimum punyer & yang paling penting tak perlu bagi alasan.. "gaji kecik","hutang banyak la","anak ramai la",..kalau ade macam2 alasan dalam otak jawapnye tak menjadilah..

Setiap perbelanjaan bulanan,hutang2 yang perlu dibayar aku catitkan dalam buku kecil supaya tak terlepas pandang & budget pun tak lari..aku setkan dalam kepala setiap simpanan aku,aku anggap sebagai hutang yang wajib di bayar tiap2 bulan,mcm hutang keta kalu tak bayar kena tarik cam tu lah..setelah di tolak semua sekali yang balance tu jadi lah duit belanja aku tiap2 hari..belanja kan duit balance ni pun aku berhati2 takut over spend nanti tak cukup makan aku sampai ujung bulan..kadang2 setan menghasut gak lebih2 lagi kalau ade kawan2 yang bagi tahu tempat2 yang ade sale..mula lah mengigil tangan aku mcm orang kena sakit parkinson..hati memberontak nak gi..bila perasan mcm ni datang aku cepat2 call my cinta cuba nasib minta duit dia..hehehe..jahat kan duit orang pulak aku nak hentam..tapi selalunye tak kan dapat, my cinta dia pandai membidas ayat2 yang aku belitkan..mulalah dia bagi ceramah khas merangkap motivation untuk aku berjimat..

Bila duit dalam simpanan dah cukup baru aku beli ape yang idamkan..masa tu bukan main seronok lagi bershopping sampai tak ingat dunia..tersenyum2..

Apa yang telah aku lakukan hari ini adalah untuk mencapai impian aku?

April 12, 2010

Monthly Check-up - Klinik Seri kembangan

Hari ini gi monthly check up di klinik kesihatan seri kembangan,appointment kul 3 petang,kerja half day hari ini,nak ambik annual leave rasa macam rugi je, lagi pun annual leave tu nak guna masa2 emergency.Badan pun dah rasa letih nak gi buat check up setiap minggu kalau ikutkan hati malas nak gi tapi apa kan daya dah terpaksa..

April 11, 2010

Citer Hujung Minggu niiii..

Pagi sabtu ke az-zahrah monthly check up untuk perot ni..semuanye ok..jantina doc tak nampak cause kedudukan baby ke belakang..aku tension mendgrnye..nasib baik panel kalau duit aku sendiri yang bayar mau saje aku mgamuk kat situ ,tiap2 bulan gi check perot doc tu mesti ckp tak nampak,kedudukkan baby tu lah ini lah..mcm2..baby ni perahsia orangnye agaknye..aku pun tak hilang mood nak tahu pe jantina anak aku ni..tunggu je lah dia lahir bulan depan nanti..
Balik je dari az-zahrah ambik aira di nursery and terus ke wedding officemate aku di kampung tunku PJ..sampai sana pun dah lewat cause sesat bagai,pengantin tengah makan,aku pun dengan laju
capai pinggan.. .perut pun dah lapar tahap maksimum,baby dlm perut pun dah menendang2 lapar..borak2 jap dengan kawan2 lain,ambik gambar sebagai kenangan..

Nak balik umah terus boring rasanye..so aku pun bagilah idea kat my cinta, "kita ke IKEA nak tak??..dah dekat kan alang2 kat area PJ kita lajak ler sikit ke depan..dia pun ok je,pada mulanye nak tengok2 je, sudahnye..mcm2 yang aku capai,nasib baik finance manager aku ade kat sebelah kalau aku gi sorang mau susut duit dalam poket aku..beli yang penting je,baby chair untuk aira,periuk yang kecik2 untuk aku & laundry basket untuk letak baju kotor anak2..kalau ke ke IKEA mesti nak rasa meatball nye..beratur panjang pun tak pe janji dapat rasa..sampai umah dah nak malam, mandi2,lepak2 depan tv tgk berita,tiba2 teringin nak makan roti nan,ke cheras ler kami anak beranak ..balik je umah aira pun dah pengsan,kitaorg pun dah penat maklum lah dr pg keluar,
Bangun je buat breakfast,prepare untuk lunch..masak simple2 je sup ayam untuk aira & my cinta,hari ini aku tak berapa selera nak makan nasi so buat sikit bihun goreng untuk aku.. kemas umah sikit lebih kurang & rehat2 depan tv manjakan anak & suami..Hari ini tak kemana2 duduk umah,cuaca pun panas,sampai badan aira pun naik ruam2..aku pun nak rehat2 kan badan, nak prepare barang2 untuk kerja esok..

April 8, 2010

Follow up @ Hospital Putrajaya

Pagi tadi buat follow up di hospital putrajaya..Semuanye dalam keadaan baik,ukuran kaki,tangan,perut kepala semua nye ok..uri di atas,air ketuban ok..Berat baby sekarang 2kg @ 33 minggu,cuma jantina nye tak nampak tadi ,baby sembunyi kan statusnye,tak pe sabtu ni aku gi monthly check up di az-zahrah bangi,nanti aku tanye doc kat sana lak...Secara keseluruhan nye ok datang balik check on 6 May @37 minggu..Mummy nye lak tekanan darah ok,urine ok..HB ok.. cuma berat badan naik mendadak..kena diet ni.. minggu ni banyak sangat aku makan nasi, rindu kat nasi..selalunye aku tak ambik nasi cuma makan roti(tak lebih dari 3 keping ya) & lauk2 je ,bukan pe takut berat badan susah nak turun pas bersalin nanti..

April 7, 2010

Lamanye tak update

Lamanye aku tak update & upload..Sekarang ni aku tengah ni expecting baby baru,dah masuk 33 minggu..memang tak dijangka & tak merancang langsung. cadangnya nak amik injection lepas raya..tapi tetiba lah pulak ada rezeki dr Allah. nak dibuang sayang, so, aku ngan my cinta decide kitaorg carry on je. kira ni aku pregnant kali ke-2 ler..and beza antara aira ngan baby, lebih kurang setahun 4 bulan mcm tu.

Masa aku dapat tau pregnant ari tu, masa pas raya hari tu, then aku pegilah farmasi, beli pregnancy kit, check sendiri. ye la, dh no2 kan. CONFIRM !!!.....terkejut pun ada, suka pun ada, takut pun ada...ye la, aku baru je pas bersalin kan aira dlm bulan 1, tup..tup..9 bulan pastu, aku pregnant lagi. takut sbb takut aku tak terlarat tapi insyaallah, my cinta ada...bagi aku, anak2 ni ada rezeki memasing...hehehhee...
Pregnant kali ni alhamdullilah, aku tak mabuk teruk sama mcm mengandungkan aira.tak de nak mengidam bagai2..mesti simple je kan anak aku ni..esok aku nak ke hospital putrajaya nak booking hospital..tentang jantina lak, apa2 pun tak pe, perempuan ke lelaki ke tak kisah yang penting biar lah anak ini menjadi anak yang beriman..

Tentang aira lak,si omel ni makin manja dengan aku..sikit2 merajuk siap guling2 kan badan bila kehendak dia tidak di turuti..kadang2 tu angin jugak aku dibuatnye..sabar jelah..budak omel ni makin aktif, panjat sana sini,mengemas2 satu umah sampai penat aku memandang nye..bila dimarah mula lah dia jatuhkan badan ke lantai,berguling2..dah susah lak aku nak memujuk nye,selagi tak pujuk selagi tu lah dia menjerit2 sampai satu taman dengar..

March 12, 2010

Tadaaa....!!!

fuh..fuhh dah berabuk2 dah
lamanye aku tak update..
angin malas telah melanda ku...

January 9, 2010

A Simple Celebration for Aira

Malam ni cuma celebrate tiga beranak je..Aira kejang2 kaki nak pegang pisau masa potong kek..suka betul dia..kami celebrate untuk tanda ingatan saje..dia pun belum faham ape2 lagi.

dengan mummy



ok turn ayah pulak..



tak sabar2 nak buka hadiah


haaaa..apa niii





January 8, 2010

Aira dah 1 tahun

Hapi Besday..Hapi Besday to you..Hapi Besday to you..Hapi Besday to Aira.. Hapi Besday to you
Hari ini genap 1 tahun anak yang keluar dari perut mummy ni..
Moga jadi anak yang baik,bijak,berjaya dalam ape pun bidang yang diceburi..AMIN
Besday party untuk Aira cuma buat di nursery dia saja ,12 Jan 09 ni..Ahad ni kami ke Genting untuk bagi baby omel ni hapi2 sikit..

January 3, 2010

Dah boleh jalan dah Dia..

Dah boleh berjalan tapi masih lagi jatuh2. Belum betul2 steady lagi. mula-mula tu dia cam tak berani gak nak lepaskan tangan dia dari sofa...tapi alhamdulillah, dia berani nak mulakan langkah pertama dia, dan dia berjaya melangkah tiga tapak sebelum jatuh.Detik yang paling best sekali bila saat dia mula2 nak berjalan. Dia punye la sronok tak tau nak cakap. Asyik nak gelak je..bila tengok dia mula2 jalan seram sejuk perot aku takut sgt dia jatuh..sekarang ni dia tengah kemaruk nak berjalan sampai tak nak tido..aku yang penat tengok dia..dia steady je.