October 29, 2009

aku SUKA sangattttt NASI GORENG

NASI GORENG,makanan kegemaran aku..
Tak kira lah NASI GORENG apa2 pun janji NASI GORENG..
Aku rasa kenyang & puas bila makan NASI GORENG berbanding dengan makanan lain..
Dalam seminggu tu mesti ade NASI GORENG dalam menu harian aku..
My cinta selalu kata makan NASI GORENG tu mengemukkan tapi macam biasalah aku buat bodoh je..menyampah
Makanan kegemaran aku tu mana boleh halang aku..
nakkkkk kenaaaaa niiiiii....

Ni pun dah dekat waktu lunch aku,NASI GORENG akan jadi pilihan aku..tak sabar nihhhh..hehehe

October 27, 2009

Aku nak gi HOLIDAY

Badan asyik penat je...otak pun berserabut..
Aku nak gi holiday lah..tak yah lah jauh2 & tak yah la lama sangat,hujung minggu je.
Destinasi pilihan PD ke,Genting ke,Bukit Tinggi ke..
Bila nak pegi ni ha????

October 26, 2009

budak COMEL ni dah sihat dah...

Syukur pada ALLAH aira dah kembali sihat ,minggu lepas aira terjatuh di nursery nasib lah tak de kecederaan yang teruk cuma otot tangan dia je problem.Mula2 masa dapat sms dari budak yang jaga aira tu seriau gak hati aku ni,mana tak nye dia cakap cinta hati aku tu jatuh & tangan kiri tak boleh angkat,bila diangkat aira menangis,pulak tu kejap2 meragam..Aku dengan laju nye forwordkan sms tu ke my cinta and we balik cepat2..Sampai je umah kemas sikit2 barang aira & terus ambik dia & bawak ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.Dalam perjalanan aira diam je,ekk pun tak de akk pun tak de,selalunye dia tak mahu duduk diam, dia mesti nak gerak sana sini..Doc check & katanye sendi2 dia no problem cuma maybe otot dia yang not ok..Syukur..nasib baik tangan budak comel tu tak de pe2.Kalau ape2 pada budak kenit ni akan aku serang nursery tu,segala polis,wartawan,tv semua aku bawakkan.Masa kat umah kesian tengok dia,tak boleh nak merangkak..bila minta sesuatu tangan kanan je yang bergerak,tangan kiri kaku je..sedih mummy dia..Terbaring je budak comel tu..aku letak kan dia dalam walker so tak ler dia boring,bila boring nanti meragam ler jawab nye nanti.Satu umah tak boleh lelapkan mata jawabnye.
Sebelum kejadian ni aira teruk batuk2 sampai kena ambik NAB(Nabulizer) untuk cairkan kahak.Masa ambik NAB tu mula2 dia teruja lah senyap je, tak sampai berapa saat dia mula nak meneroka benda tu,nak cabut topeng tu dari mulut dia..masa sedut gas ,lidah dia asyik terkeluar je,ketawa nurse kat situ tgk gelagat dia..Bila kita larang dia dari nak cabut topeng tu mula lah dia mengamuk,meronta2 sampai aku tak larat nak memegang dia,nasib baik 15min je kalau 1 jam masuk 1 hospital dengar jeritan dia..
Sakit tangan tu dua hari je,sekarang dah ok sepenuh nye,bila kita biarkan dia merangkak satu umah dia jalan,dari hujung sana ke hujung sini..

Tengok budak kenit ni,bawa kerusi gak dia minat

Pastu bila dia nampak benda yang lain macam sikit mula lah dia buat projek mengemas,sebak hati aku melihat nye,rasa nak gigit2 je dia.


Bila kita letakkan dia dalam walker sama gak..masuk bawah meja lah,kemas2 atas cabinet tv lah,capai sana capai sini.Langsung tak duduk diam dia..Bila kita tegur dia menjerit2 & tersengih2 dia.Biasalah kan budak nak membesar,nak marah pun bukan dia mengerti ape2.Dia sibuk dengan dunia dia je..so aku biarkan je lah dia meneroka ..
 
Seronoknye dia...bawah meja gak yang dia suka

Dah penat siang jalan ke hulu ke hilir,mengemas sana sini ,malam pengsan sampai pagi,tapi aira akan bangun 2 jam sekali untuk susu..Bila tengok dia tido hilang penat aku ,automatik badan aku pun mengeluarkan isyarat ZZZZZZZZZZZ.Nasib baik my cinta memahami so dia tolong lah kemas2 kan sisa barang yang bersepah2 tu..Thanks suami ku..I LOVE UUUU.

October 24, 2009

Kenapa Jadi Begini??????


Geram melihat manusia yang berperangai binatang,sanggup membunuh, mendera anak-anak yang tak terdaya..Baru2 ini kita terdengar berita kematian ALIA AIMAN yang di dera oleh boyfren mama nye..Arwah Alia disakiti dengan begitu kejam sekali,sanggup mama dia melihat anak yang dikandung selama 9 bulan,yang lahirkan dari rahimnye sendiri diseksa dengan begitu kejam oleh seorang lelaki yang tak ade perikemanusian.Pulak tu sanggup dia berbohong kerana nak melindungi jantan jahanam tu ,lupakah dia jantan tu yang menyeksa &membunuh anak dia,mana hilangnye perasaan dia sebagai seorang MAMA..sayangnye dia pada jantan jahanam tu melebihi dari darah daging dia sendiri yang mungkin satu hari akan menolong dia di dunia & akhirat..tak tahu ke dia???.lupa kah dia???..Kerana cinta manusia jadi bodoh..ni lah yang terjadi pada mama arwah ALIA..Al-Fatihah buat arwah ALIA...


Pagi-pagi lagi aku dah EMO kan..ni selingan untuk mengembalikan mood ceria pagi sabtu ni..yeahhhh..



ni gambar raya di Melaka kampung halaman ku yang tercinta,ni masa raya ke 2 semua adik beradik aku dapat berkumpul ramai2,tu ha new born baby Nur Elfira Rubyka anak kepada adik lelaki aku.

  
Di Majlis pernikahan makcik aku yang bongsu, bernikah kali ke dua..gambar ni masa raya ke empat..orang sibuk nak raya dia sibuk nak kawin anyway Selamat Pengantin Baru moga bahagia hingga ke hujung nyawa..
Dalam banyak2 dish masa majlis tu cup cakes tu yang lah paling laku sekali..
aku pun tak mengerti kenapa..




Ahhh.ni ha cinta hati aku dengan rambut kerinting dia..heboh mak mertua aku kata ikut ayah dia masa kecik..keturunan dia je yang rambut kerinting keturunan aku tak de..keturunan ayahnye kerinting yang jenis keras kejang tu,sorry suami ku aku cuma berkata yang benar je..jangan ambik hati kita kan open minded..Aku punye keturunan semuanye berambut halus,ikal..ceh wahhh puji melampau nampak.
Sayang anak mummy ni.

October 19, 2009

Kenangan Lalu

Di petang2 ni sambil makan pizza & dengar lagu Langkah Seiringan(Exist) kat office ni tiba2 ler pulak aku teringatkan kisah dulu2.Saat zaman gilang gemilang dulu..Zaman-zaman sekolah rendah,menengah,zaman muda remaja cehhh!!!!!..Rasa rindu sangat saat tu ingin sekali mengulanginye,seronok bebenau (org melaka tu)tak ingat dunia,ye lah hidup tak de komitmen.cuma tanggungjawab pada diri sendiri je kena tunai kan..senyum manis aku saat ni,ARGHHH!!!! jangan di ingat kisah lalu nanti makan hati..biarlah aku simpan semua kenangan tu dalam-dalam.
Kawan2 yang dulu rapat sekarang ni susah bebenau nak contact masing2 dengan sibuk life masing2..dengan anak2 dah bertambah,suami makin cerewet,beban kerja yang mengila..Walau apa pun keadaan nye kau orang tetap dalam hati aku..


Langkah Seiringan

Dikala Ku Keseorangan
Kenangan pun Datang
Menjelma Lagi
Terbayang Saat Saat
Yang Manis
Ketika bersama Dahulu

Tak Tertahan Menanggung Rindu
Di Saat Kau Berjauhan dari ku
Bayangmu Selalu Datang Menjelma
Membuat Teguhnya Cintaku

Oh Sayangku Hulurkan Tanganmu
Bersama Kita Bergandingan
Berdua Menuju Arah Bahagia
Melalui Liku-Liku Kehidupan
Pahit Manis Kita Hadapi Bersama
Semoga Kita Berdua Berbahagia..