December 25, 2009

I turn 32

Hari ni genap umur aku 32 tahun, tapi....
aku rasa tak macam 32 tahun pun..
Aku selalu yakinkan diri aku,
Perancangan Allah s.w lebih baik daripada perancangan manusia....
Sebab tu aku lalui semua dugaan dengan sabar....
dan sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang....
Kesusahan...Keperitan hidup...aku jadikan 1 perjalanan hidup yang perlu aku lalui....
Alhamdulillah....sekarang aku dah nampak hasilnya.....
semuanya berkat kesabaran aku selama ni...

December 19, 2009

@ PD

Last weekend kami anak beranak ke PD bersama dengan family sepupu aku..relax2 tepi pantai..2days 1night saje..itupun dah boleh buat kami pengsan penat..


picnic jap tepi pantai, sementara nak tunggu bilik hotel ready.




kami stay di Avillion(water chalet) tidur atas air..pagi2 bangun dengar ombak,bau air laut.



Budak kenit ni bila dah masuk dalam pool tak mahu balik..menjerit2 dia bila bawak keluar lg pool..terpaksa cari alternative lain nak tarik perhatian dia.


pengsan pas swim2.

December 11, 2009

Dah 11 bulan

Cepatnye masa berlalu tak terasa,Aira dah masuk 11 bulan dah sekarang ni..Bulan depan dah nak 1 tahun..
takde rasa lain yg dpt kami rasa selain SGT BAHAGIA maklum lah sebelum ni kami pernah kehilangan. Aira adalah segala-galanya bg kami..Aira semakin membesar, semakin aktif dan semakin buas.. Bukan takat tu jer, mkn pun kuat. Asal org makan jer, mesti mulut dia bising.. nak sekali lah tu..

'kebuasan' Aira semakin mematangkan aku. Aku menjadi lebih tabah, sabar dan kuat. Tak kisah lagi dengan keadaan sekeliling, yang penting Aira.. Dan sbb Aira jugak la aku bertambah rajin skrg expecially bab memasak. Thanks omel sbb jadi pembakar semangat mummy n ayah utk lebih berusaha..

Walaupun kami berdua tak mampu nak bg kemewahan yang melimpah ruah pada Aira, tapi kami ttp akan bg yang terbaik untuk dia..

November 26, 2009

Salam Aidil Adha

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan umur yang ada ini, untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha..Selamat Bercuti..Berhati-hati di Jalan Raya...

November 24, 2009

bUsY seSangat

Nak dekat 3 minggu aku tak blog. Aku bz sesangat. Kerja tak abis abis dan makin menimbun. Sampai aku kena migraine, la ni pun tak mau gak baik2 lagi..nak berholiday pun mcm tak sempat je .. Sampai je umah AIRA pengsan aku pun pengsan sama,biasa lah kan otak penat badan pun automatik lah penat..nasib baik lah aku dapat suami yang sedikit rajin boleh menolong gitu2 kan umah tu tanpa ade rungutan..Thanks "My Cinta".
Hujung minggu ni balik raya melaka bolehlah rileks2 jap sambil senyum2..

November 9, 2009

Aira 10 bulan

Nak update sikit pasal Aira yang dah masuk 10 bulan ni....
  • Gigi bawah dah nampak dah 2 batang,air liur dia asyik meleleh je..sejak ade gigi ni asyik tersengih je..nak tunjuk gigi kot.
  • belum pandai berjalan lagi..
  • Dah pandai tepuk tangan,masa mula2 belajar dulu asyik nak tepuk tangan je kerjanye
  • dah pandai merajuk,bila lambat bagi susu kat dia tak de nye dia minum..dia tutup mulut dia rapat2 or dia tolak dengan tangan comel dia tu.
  • Dah pandai panggil mama, ni yang aku tension ni..penat aku ajar dia panggil MUMMY tak gak pandai2 mama gak yang dia nak..
  • bila nak barang dia pandai cakap nakk..kalau tak nak dia cakap nanakk..
  • Bab makan Aira memang tak akan tolak, pe saje yang kita suap kat dia makan,kalau kita makan dia nampak pas tu kita tak bagi kat dia,dia akan minta nak nak..dengan tangan2,kepala2 semua bergerak..
  • sekarang ni dah pandai memberontak kalau dia nak sesuatu kita tak bagi,menghentak2 kaki,badan dia hempas2kan..kalau ade mainan kat tangan dia abis dia buangkan..sampai aku rasa aku perlu ambik kelas mcm ner nak handle budak comel ni..
  • Makin aktif..kalau dalam walker langgar sana sini,kalau lepaskan kat bawah dia panjat sana panjat sini..mengemas hobi dia sekarang.
  • susu macam biasa 4oz 2 jam sekali,tu tak boleh tinggal walaupun dah makan kenyang cukup masa mesti nak susu.
  • Darling aku ni kurang mesra sikit kalau jumpa orang,masam je muka dia tak de nye dia senyum walaupun orang cuba buat dia ketawa..
  • Aira paling tak suka duduk dalam car seat,dia akan menangis macam kena dera..apa aku nak buat ni???
  • suka mandi..kalau dia mandi dengan aku sekali mandi,dia tepuk2 air yang ade dalam tub tu..suka.. ketawa2..
  • Suka tengok muka dalam cermin,ketawa gatal dia bila nampak muka comel dia..
  • bila nampak mummy dia, asyik angkat tangan nak dukung je..
Sayangnye mummy kat anak mummy sorang ni..nak peluk2 cium2 anak mummy yang omel ni...


October 29, 2009

aku SUKA sangattttt NASI GORENG

NASI GORENG,makanan kegemaran aku..
Tak kira lah NASI GORENG apa2 pun janji NASI GORENG..
Aku rasa kenyang & puas bila makan NASI GORENG berbanding dengan makanan lain..
Dalam seminggu tu mesti ade NASI GORENG dalam menu harian aku..
My cinta selalu kata makan NASI GORENG tu mengemukkan tapi macam biasalah aku buat bodoh je..menyampah
Makanan kegemaran aku tu mana boleh halang aku..
nakkkkk kenaaaaa niiiiii....

Ni pun dah dekat waktu lunch aku,NASI GORENG akan jadi pilihan aku..tak sabar nihhhh..hehehe

October 27, 2009

Aku nak gi HOLIDAY

Badan asyik penat je...otak pun berserabut..
Aku nak gi holiday lah..tak yah lah jauh2 & tak yah la lama sangat,hujung minggu je.
Destinasi pilihan PD ke,Genting ke,Bukit Tinggi ke..
Bila nak pegi ni ha????

October 26, 2009

budak COMEL ni dah sihat dah...

Syukur pada ALLAH aira dah kembali sihat ,minggu lepas aira terjatuh di nursery nasib lah tak de kecederaan yang teruk cuma otot tangan dia je problem.Mula2 masa dapat sms dari budak yang jaga aira tu seriau gak hati aku ni,mana tak nye dia cakap cinta hati aku tu jatuh & tangan kiri tak boleh angkat,bila diangkat aira menangis,pulak tu kejap2 meragam..Aku dengan laju nye forwordkan sms tu ke my cinta and we balik cepat2..Sampai je umah kemas sikit2 barang aira & terus ambik dia & bawak ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.Dalam perjalanan aira diam je,ekk pun tak de akk pun tak de,selalunye dia tak mahu duduk diam, dia mesti nak gerak sana sini..Doc check & katanye sendi2 dia no problem cuma maybe otot dia yang not ok..Syukur..nasib baik tangan budak comel tu tak de pe2.Kalau ape2 pada budak kenit ni akan aku serang nursery tu,segala polis,wartawan,tv semua aku bawakkan.Masa kat umah kesian tengok dia,tak boleh nak merangkak..bila minta sesuatu tangan kanan je yang bergerak,tangan kiri kaku je..sedih mummy dia..Terbaring je budak comel tu..aku letak kan dia dalam walker so tak ler dia boring,bila boring nanti meragam ler jawab nye nanti.Satu umah tak boleh lelapkan mata jawabnye.
Sebelum kejadian ni aira teruk batuk2 sampai kena ambik NAB(Nabulizer) untuk cairkan kahak.Masa ambik NAB tu mula2 dia teruja lah senyap je, tak sampai berapa saat dia mula nak meneroka benda tu,nak cabut topeng tu dari mulut dia..masa sedut gas ,lidah dia asyik terkeluar je,ketawa nurse kat situ tgk gelagat dia..Bila kita larang dia dari nak cabut topeng tu mula lah dia mengamuk,meronta2 sampai aku tak larat nak memegang dia,nasib baik 15min je kalau 1 jam masuk 1 hospital dengar jeritan dia..
Sakit tangan tu dua hari je,sekarang dah ok sepenuh nye,bila kita biarkan dia merangkak satu umah dia jalan,dari hujung sana ke hujung sini..

Tengok budak kenit ni,bawa kerusi gak dia minat

Pastu bila dia nampak benda yang lain macam sikit mula lah dia buat projek mengemas,sebak hati aku melihat nye,rasa nak gigit2 je dia.


Bila kita letakkan dia dalam walker sama gak..masuk bawah meja lah,kemas2 atas cabinet tv lah,capai sana capai sini.Langsung tak duduk diam dia..Bila kita tegur dia menjerit2 & tersengih2 dia.Biasalah kan budak nak membesar,nak marah pun bukan dia mengerti ape2.Dia sibuk dengan dunia dia je..so aku biarkan je lah dia meneroka ..
 
Seronoknye dia...bawah meja gak yang dia suka

Dah penat siang jalan ke hulu ke hilir,mengemas sana sini ,malam pengsan sampai pagi,tapi aira akan bangun 2 jam sekali untuk susu..Bila tengok dia tido hilang penat aku ,automatik badan aku pun mengeluarkan isyarat ZZZZZZZZZZZ.Nasib baik my cinta memahami so dia tolong lah kemas2 kan sisa barang yang bersepah2 tu..Thanks suami ku..I LOVE UUUU.

October 24, 2009

Kenapa Jadi Begini??????


Geram melihat manusia yang berperangai binatang,sanggup membunuh, mendera anak-anak yang tak terdaya..Baru2 ini kita terdengar berita kematian ALIA AIMAN yang di dera oleh boyfren mama nye..Arwah Alia disakiti dengan begitu kejam sekali,sanggup mama dia melihat anak yang dikandung selama 9 bulan,yang lahirkan dari rahimnye sendiri diseksa dengan begitu kejam oleh seorang lelaki yang tak ade perikemanusian.Pulak tu sanggup dia berbohong kerana nak melindungi jantan jahanam tu ,lupakah dia jantan tu yang menyeksa &membunuh anak dia,mana hilangnye perasaan dia sebagai seorang MAMA..sayangnye dia pada jantan jahanam tu melebihi dari darah daging dia sendiri yang mungkin satu hari akan menolong dia di dunia & akhirat..tak tahu ke dia???.lupa kah dia???..Kerana cinta manusia jadi bodoh..ni lah yang terjadi pada mama arwah ALIA..Al-Fatihah buat arwah ALIA...


Pagi-pagi lagi aku dah EMO kan..ni selingan untuk mengembalikan mood ceria pagi sabtu ni..yeahhhh..



ni gambar raya di Melaka kampung halaman ku yang tercinta,ni masa raya ke 2 semua adik beradik aku dapat berkumpul ramai2,tu ha new born baby Nur Elfira Rubyka anak kepada adik lelaki aku.

  
Di Majlis pernikahan makcik aku yang bongsu, bernikah kali ke dua..gambar ni masa raya ke empat..orang sibuk nak raya dia sibuk nak kawin anyway Selamat Pengantin Baru moga bahagia hingga ke hujung nyawa..
Dalam banyak2 dish masa majlis tu cup cakes tu yang lah paling laku sekali..
aku pun tak mengerti kenapa..




Ahhh.ni ha cinta hati aku dengan rambut kerinting dia..heboh mak mertua aku kata ikut ayah dia masa kecik..keturunan dia je yang rambut kerinting keturunan aku tak de..keturunan ayahnye kerinting yang jenis keras kejang tu,sorry suami ku aku cuma berkata yang benar je..jangan ambik hati kita kan open minded..Aku punye keturunan semuanye berambut halus,ikal..ceh wahhh puji melampau nampak.
Sayang anak mummy ni.

October 19, 2009

Kenangan Lalu

Di petang2 ni sambil makan pizza & dengar lagu Langkah Seiringan(Exist) kat office ni tiba2 ler pulak aku teringatkan kisah dulu2.Saat zaman gilang gemilang dulu..Zaman-zaman sekolah rendah,menengah,zaman muda remaja cehhh!!!!!..Rasa rindu sangat saat tu ingin sekali mengulanginye,seronok bebenau (org melaka tu)tak ingat dunia,ye lah hidup tak de komitmen.cuma tanggungjawab pada diri sendiri je kena tunai kan..senyum manis aku saat ni,ARGHHH!!!! jangan di ingat kisah lalu nanti makan hati..biarlah aku simpan semua kenangan tu dalam-dalam.
Kawan2 yang dulu rapat sekarang ni susah bebenau nak contact masing2 dengan sibuk life masing2..dengan anak2 dah bertambah,suami makin cerewet,beban kerja yang mengila..Walau apa pun keadaan nye kau orang tetap dalam hati aku..


Langkah Seiringan

Dikala Ku Keseorangan
Kenangan pun Datang
Menjelma Lagi
Terbayang Saat Saat
Yang Manis
Ketika bersama Dahulu

Tak Tertahan Menanggung Rindu
Di Saat Kau Berjauhan dari ku
Bayangmu Selalu Datang Menjelma
Membuat Teguhnya Cintaku

Oh Sayangku Hulurkan Tanganmu
Bersama Kita Bergandingan
Berdua Menuju Arah Bahagia
Melalui Liku-Liku Kehidupan
Pahit Manis Kita Hadapi Bersama
Semoga Kita Berdua Berbahagia..

September 18, 2009

AkU NaK DIETTTTTTTT


Pagi ni aku godeh2 tiba2 aku terjumpa satu blog orang yang bersemangat nak kurus kan badan..Aku tertarik & tiba2 semangat nak kuruskan badan berkobar2.Blog tu mmg meniup semangat aku untuk berdiet yang selama ini hati ku belum terbuka untuk mengorbankan kegemaran aku iatu  MAKAN..So aku pun dengan segera membuat jadual pemakanan aku dan semua itu bermula dari hari ini.My target hujung tahun ni aku MESTI,WAJIB turun ke 55 kg..bersemangat sungguh aku..Diet rendah kabor & high fiber aku planning nak ikut diet program tu.Yeah..moga berjaya...

September 17, 2009

Nak raya dah..


Cepatnye masa berlalu tinggal 2 hari je saja kita nak menyambut hari raya..kat office aku sekarang pun semua dah dalam mood Raya. Kerja pun dah takde ape sangat tinggal tunggu nak balik jee nih.. . Tiap-tiap tahun macam tu lah kan.. bila tinggal beberapa hari nak menyambut Syawal dia punya perasaan dan suasana tu lain macam sikit. Ada yang seronok dan tak kurang juga yang sebaliknya..

Persiapan hari raya aku biasa2 je,anaklah yg didahulukan dan diutamakan, dapat lak anak sorang mcm aku ni ha. semua tertumpu pada budak kenit tu..mummy & ayah nye jumaat malam baru planning nak gi tengok-tengok barang..pada awal2 puasa,rasa mcm excited je nak buat biskut raya tapi lama2 mood hilang lah pulak,sudahnye aku order je kat taukeh kuih ,ade lah dua tiga jenis yang menarik perhatian aku..

InsyaAllah, tahun ini, raya pertama kami anak beranak akan beraya di kuala kubu baru umah my cinta and raya kedua pagi2 kami tiga beranak bertolak ke melaka pulak,aku & aira akan duduk lama sikit kat melaka,sabtu (26/9)pagi baru balik ke KL ,my cinta akan balik awal ke KL cause raya ke 4 dia dah start keja dah, cuti nye tak approved.

Di kesempatan ini aku mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf diatas segala kesilapan.Bagi yang balik ke kampung tu berhati di jalan raya,and lastly jangan over makan di hari raya ni ya....

September 2, 2009

Berbuka Puasa di Shang ri La KL

Semalam kami dapat jemputan khas dari GwI untuk berbuka puasa di Shangri La KL,
Makanan di situ, jangan cakap la! Macam-macam ada... No bad comments la pasal makanan & the service
ni sebelum berbuka puasa,masing2 dah tak sabar nak penuhkan perut ni ha..
ni semua dah mcm ulau sawa,nak bangun pun dah tak larat

September 1, 2009

Anak sy lagi :) ::

Saje nak citer pekembangan Ara. Ara dah nak masuk 8 Bulan ,8 Sept nie genap 8 bln,berat dia 7.5kg..Sekarang ni Ara baru je nak expert merangkak tapi selalunye dia malas nak merangkak dia ambik mudah dengan cara guling2kan badan dia dr satu tempat ke satu tempat.Ara suka sgt mandi..isk..dia punya senyom,sampai telinga suka kocak2 air..kaki tgn x dok diam  kalau angkat je dia mulalah pegang tepi bath tub tu kekonon tak mahu sudah lg ler kan.Lagi satu klu pas mandi, bila time nak pakai kan dia baju, dia akan mengamuk sakan dia tak mahu.

Dua tiga hari lepas dia terkena nappy rash, pada mulanye aku ingat tak lah serius mn,aku letak jelah nappy cream,makin hari aku tgk ruam tu makin merebak & bila kau sapukan nappy cream tu dia menangis bagai kena dera,nampak mcm seksa je dengan penyakit tu aku pun bawak dia ke pakar kanak2 di Az-Zahrah bangi,doc tu very profesional beri maklumat dengan detail mcm dlm buku.katanye baby berkulit sensitif & kalau dibiarkan lama jangkitan kulat akan berlaku dan ini akan merebak ke seluruh badan,gunakan nappy cream yang mengandungi "zink",elakkan dari mengunakan bedak,tepung jagung dan sebagai nye cause ia menggalakan pertumbuhan bakteria..dia pun bagi antibiotik dan cream "zink",balik je umah aku pun sapu kat tempat ruam tu malam nye aku tengok dah kurang sikit.dia pun tak nangis bila kena air & masa aku sapukan cream tu..bagusnye.. klu tidak seksa aku nak pakaikan dia pampers..

August 28, 2009

Merdeka Ke 52 - 1 Malaysia

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52
Tema Hari Merdeka ke 52
Rakyat Di Dahulukan
Pencapaian Diutamakan

Pneumokokal Vaksin

Aku bercadang nak ambik vaksin ni untuk ARA, anak aku kan duduk kat nursery pontensi terkena jangkitan penyakit tu besar..



INFO DARI http://www.myhealth.gov.my/myhealth
Pneumokokal menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria ptreptococcus S.pneumoniae? yang juga dikenali sebagai pneumokokus?

Patogen bakteria ini yang menyerang kanak-kanak dan orang dewasa, ialah punca penyakit dan kematian utama di seluruh dunia.

Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan menakluki?saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.
Penyakit yang serius dan invasif dinamakan penyakit pneumokokal invasif, yang mana bakteria boleh diasing daripada darah, csf, cecair pleural atau bahagian lain yang biasanya stril.

Pneumokokal invasif termasuklah bakteremia (jangkitan bakteria darah), meningitis (jangkitan bakteria membran korda spina dan otak), dan pneumonia bakteremia.

Penyebaran pneumokokus daripada nasofarinks ke saluran pernafasan atas dan bawah menyebabkan penyakit pneumokokal invasif, termasuk peneumonia bukan bakteremia (radang paru-paru), otitis media akut (radang telinga tengah) dan sinusitis (jangkitan sinus). Jika tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, gangguan pembelajaran, kelewatan berturut, palsi serebrum, kecacatan mental dan kadangkala kematian.

Beberapa faktor meningkatkan risiko kanak-kanak mengalami jangkitan pneumokokus. Bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi, kerana kandungan antibodi pneumokokus yang rendah.
Daya tahan yang lebih lemah disebabkan masalah seperti kekurangan imun kongenital atau HIV juga mengurangkan risiko jangkitan. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan pada waktu siang juga mungkin dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bakteria dalam persekitaran pusat jagaan berkenaan.

Sejak 30 tahun lepas, ada pertambahan dari segi strain S.pneumoniae yang mempunyai daya tahan terhadap penisilin dan antibiotik lain. Penularan strain pneumokokus yang tahan antibiotik terus meningkat di seluruh dunia. Akibatnya peranan yang dimainkan oleh vaksin untuk mencegah penyakit kini semakin penting.

Hingga kini vaksin berkenaan boleh didapati pada harga antara RM280 hingga RM320 untuk satu dos

August 25, 2009

Akhirnye

Setelah serangan demi serangan di buat oleh budak2 ni..
Akhirnye Group of HR mengalah & keluar kan MEMO yang kitaorg blh balik kul 5pm during ramadhan month.SYUKUR tak lah aku berbuka tengah jalan :-).

Citer pasal berbuka ni,tadi aku sibuk menggoogle cari simple resepi untuk petang ni,cari punyer cari satu pun, aku rasa macam tak sesuai je..Akhir sekali aku decide buat mee hoon goreng je lah senang tak payah susah bagai2,my cinta bab makan dia tak cerewet lebih2 lagi sekarang ni dia sibuk nak kuruskan badan.Aku je masih belum ready nak kurang kan sikit berat badan aku yang naik mendadak sejak melahirkan ARA..

** Hujung minggu ni long weekend aku tengah fikir2 nak gi mana ni..

August 24, 2009

Bosan Lerr

Bosannye aku pagi ni..senior sales manager aku baru balik dr MC,4 hari MC tu,dia mulalah menyemak kan fikiran aku dengan benda2 yg entah pe entah..sebagai org yg semua perlu tahu & tahu segalanye berkaitan dgn office ni aku penat lah dengan dia ni..jap2 panggil nama aku tanye tu lah tanye ni lah..

Lagi satu perkara lg yg buat mood aku hilang,HR dah keluar kan MEMO waktu bekerja sama seperti biasa 8.00am-5.45pm tiada lg mcm tahun2 yg lepas waktu kerja bg muslim di bulan puasa
8.00am-5.00pm..dah lah nursery ARA tutup kul 6ptg masa bulan puasa klu aku balik kul 5.45pm mcm ner aku nak settlekan anak aku tu,kesian anak aku tinggal sorang2 kat nursery tu,umah aku lak hujung dunia,dr office ke umah aku mengambil masa 1 jam tu campur dengan jalan jam sekali lah,my cinta office pun kat KL gak & aku lak menumpang dia ni yg buat kitaorg stuck .Klu aku nak balik sendiri kul 8mlm br sampai umah but my cinta tak mahu lepaskan aku katanye nanti aku melencong ke tempat lain lak.. tunggu2 tak sampai umah..kelakarkan dia ni..Selepas semuanye staff melayu kat sini buat bising Group Dicrector of Sales aku suruh keluarkan letter reason kenapa nak balik awal.Suka -suka je diaorg ni..Aku dengar ade gak dept lain yg hantar surat bantahan tp HR tak layan..bila keadaan semakin teruk nanti aku ghaibkan lah diriku sendiri..

August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan



Selamat Menyambut kehadiran RAMADHAN yang mulia semoga kita semua menjalankan ibadah puasa dengan sebaik-baiknye dan penuh keinsafan,kesyukuran & kesederhanaan.

" Ara "




Anak ini bila aku ade di umah dia terlalu lah manja sehinggakan tak mahu letak langsung asyik mengangkat tangan minta di dukung..bila aku tak layan permintaan dia,dia akan menjerit bagai di dera, satu taman dengar suara dia tu..
kadang2 tu tension gak aku dengan dia tp kerna sayang aku angkat juga lah dia..
"Ara anak mummy jgn lah nangis kan mummy ade ni"bila aku angkat je automatik nangis dia akan berhenti,pandainye dia sampai aku rasa nak cubit2 je dia..sebelah tangan pegang dia sebelah tangan buat keja,naik lenguh tangan aku,dia pulak sanggup berpeluh2 janji dia aku dukung..sayangnye aku pada budak Ara ni..

August 19, 2009

Intro

Akhirnye..aku ade mase untuk ini..