September 1, 2009

Anak sy lagi :) ::

Saje nak citer pekembangan Ara. Ara dah nak masuk 8 Bulan ,8 Sept nie genap 8 bln,berat dia 7.5kg..Sekarang ni Ara baru je nak expert merangkak tapi selalunye dia malas nak merangkak dia ambik mudah dengan cara guling2kan badan dia dr satu tempat ke satu tempat.Ara suka sgt mandi..isk..dia punya senyom,sampai telinga suka kocak2 air..kaki tgn x dok diam  kalau angkat je dia mulalah pegang tepi bath tub tu kekonon tak mahu sudah lg ler kan.Lagi satu klu pas mandi, bila time nak pakai kan dia baju, dia akan mengamuk sakan dia tak mahu.

Dua tiga hari lepas dia terkena nappy rash, pada mulanye aku ingat tak lah serius mn,aku letak jelah nappy cream,makin hari aku tgk ruam tu makin merebak & bila kau sapukan nappy cream tu dia menangis bagai kena dera,nampak mcm seksa je dengan penyakit tu aku pun bawak dia ke pakar kanak2 di Az-Zahrah bangi,doc tu very profesional beri maklumat dengan detail mcm dlm buku.katanye baby berkulit sensitif & kalau dibiarkan lama jangkitan kulat akan berlaku dan ini akan merebak ke seluruh badan,gunakan nappy cream yang mengandungi "zink",elakkan dari mengunakan bedak,tepung jagung dan sebagai nye cause ia menggalakan pertumbuhan bakteria..dia pun bagi antibiotik dan cream "zink",balik je umah aku pun sapu kat tempat ruam tu malam nye aku tengok dah kurang sikit.dia pun tak nangis bila kena air & masa aku sapukan cream tu..bagusnye.. klu tidak seksa aku nak pakaikan dia pampers..

No comments:

Post a Comment