October 26, 2009

budak COMEL ni dah sihat dah...

Syukur pada ALLAH aira dah kembali sihat ,minggu lepas aira terjatuh di nursery nasib lah tak de kecederaan yang teruk cuma otot tangan dia je problem.Mula2 masa dapat sms dari budak yang jaga aira tu seriau gak hati aku ni,mana tak nye dia cakap cinta hati aku tu jatuh & tangan kiri tak boleh angkat,bila diangkat aira menangis,pulak tu kejap2 meragam..Aku dengan laju nye forwordkan sms tu ke my cinta and we balik cepat2..Sampai je umah kemas sikit2 barang aira & terus ambik dia & bawak ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.Dalam perjalanan aira diam je,ekk pun tak de akk pun tak de,selalunye dia tak mahu duduk diam, dia mesti nak gerak sana sini..Doc check & katanye sendi2 dia no problem cuma maybe otot dia yang not ok..Syukur..nasib baik tangan budak comel tu tak de pe2.Kalau ape2 pada budak kenit ni akan aku serang nursery tu,segala polis,wartawan,tv semua aku bawakkan.Masa kat umah kesian tengok dia,tak boleh nak merangkak..bila minta sesuatu tangan kanan je yang bergerak,tangan kiri kaku je..sedih mummy dia..Terbaring je budak comel tu..aku letak kan dia dalam walker so tak ler dia boring,bila boring nanti meragam ler jawab nye nanti.Satu umah tak boleh lelapkan mata jawabnye.
Sebelum kejadian ni aira teruk batuk2 sampai kena ambik NAB(Nabulizer) untuk cairkan kahak.Masa ambik NAB tu mula2 dia teruja lah senyap je, tak sampai berapa saat dia mula nak meneroka benda tu,nak cabut topeng tu dari mulut dia..masa sedut gas ,lidah dia asyik terkeluar je,ketawa nurse kat situ tgk gelagat dia..Bila kita larang dia dari nak cabut topeng tu mula lah dia mengamuk,meronta2 sampai aku tak larat nak memegang dia,nasib baik 15min je kalau 1 jam masuk 1 hospital dengar jeritan dia..
Sakit tangan tu dua hari je,sekarang dah ok sepenuh nye,bila kita biarkan dia merangkak satu umah dia jalan,dari hujung sana ke hujung sini..

Tengok budak kenit ni,bawa kerusi gak dia minat

Pastu bila dia nampak benda yang lain macam sikit mula lah dia buat projek mengemas,sebak hati aku melihat nye,rasa nak gigit2 je dia.


Bila kita letakkan dia dalam walker sama gak..masuk bawah meja lah,kemas2 atas cabinet tv lah,capai sana capai sini.Langsung tak duduk diam dia..Bila kita tegur dia menjerit2 & tersengih2 dia.Biasalah kan budak nak membesar,nak marah pun bukan dia mengerti ape2.Dia sibuk dengan dunia dia je..so aku biarkan je lah dia meneroka ..
 
Seronoknye dia...bawah meja gak yang dia suka

Dah penat siang jalan ke hulu ke hilir,mengemas sana sini ,malam pengsan sampai pagi,tapi aira akan bangun 2 jam sekali untuk susu..Bila tengok dia tido hilang penat aku ,automatik badan aku pun mengeluarkan isyarat ZZZZZZZZZZZ.Nasib baik my cinta memahami so dia tolong lah kemas2 kan sisa barang yang bersepah2 tu..Thanks suami ku..I LOVE UUUU.

No comments:

Post a Comment