December 21, 2010

Sakit Perut Lahhh

Arghhhh..Sakit perut..GASTRIK penyakit ni mmg ade dalam badan aku..sakit semua sendi2 aku bila kena gastrik,ni semua gara2 lewat makan semalam,semalam agak kelam kabut sikit, pagi bawak anak2 ke klinik untuk monthly check up,pastu sibuk dengan botol2 susu airis nak ke nursery & aku pun rushing nak ke tempat kerja,beban kerja yang melambak membuatkan aku tak lalu nak ambik cuti..
Malamnye aku dah makan ubat tapi tak gak jalan,pagi ni dengan yakin nye aku ke tempat keja..tapi malangnye penyakit ni datang lagi..tak boleh tahan rasa nak balik je tp rasa rugi lak,esok je lah ambik MC,boleh rehat 1 hr kat umah..huhuhu

December 20, 2010

My 2A's

Lamanye tak updated pasal anak2..agak bz skit sekarang maklum lah anak rapat2 ni macam jaga anak kembar..
Aira sekarang dah 23 bulan, bulan depan dah masuk 2 tahun,sangat active panjat2 sana sini,umah tu abis di kemas nye,bila aku masak kat dapur dia gak sibuk kat dapur..kalau terlebih active sangat,mula suara tarzan aku keluar bila tak jalan gak aku cubit manja sikit kat dia..mmhhh geramnye.. dah pandai cakap sikit2.. ada gak word yang jelas dia sebut such as " Jatuh " Gigit" favorite words dia " NO NO NO ",bila kita larang dia kluar lah word ni siap dengan jari dia bergoyang2..(*cute+geram*)selebihnye dia cakap bahasa German dia lah,dah pandai buat macam2 watak,berlakon jadi nurse lah,jadi mummy lah..sukanye aku tengok tergelak aku sampai berguling2.cepatnye masa berlalu tak sedar aku,rindu saat2 dia masa baby dulu..

Aira 23 Bulan

Airis or we call her AISH or ADIK dah masuk 7 bulan,tengah excited nak merangkak + duduk,tengah sibuk practice sekarang ni..agak tembam sikit berat nye dah 9kg huhhh lengoh tangan aku bila breastfeed kan dia..bila tido dia nak kita peluk dia,(kat umah je mcm tu kat nursery pandai lak dia bawak diri)very good girl,malam ku agak lena skit cause airis jarang terkejut untuk susu,aku je risau bangat takut dia tak cukup susu tp bila aku bagi dia susu dia akan tutup mulut dia rapat,kalau aku paksa maka mengamuk lah dia,macam kena dera..Airis tak banyak ragam senyum je, tak macam aira ade yang tak kena pada dia maka mengamukla dia 1 taman boleh dengar,Airis paling suka bila nampak kakak dia,senyum2 manja dia..aira ikut mood klu mood baik dia layanlah adik dia,klu mood tak berapa baik kena cubit lah si airis tu maka menangis terjeritlah si airis tu,bila tanye kenapa aira pukul airis dia jawab "Aish gigit" ade dia kata Airi gigit dia mn ler si tembam tu ade gigi aira hoi....Airis lebih rapat dengan aku,maklumlah dari dalam pantang sampai lah ni, aku je yg jaga dia,my chinta sibuk dengan aira, kadang2 je tengok airis bila aku tak de..
Airis 7 Bulan

November 19, 2010

a Little REWARD

Syukur Pada ALLAH, 6 month fully breastfeed & my besday is coming up,think a little something to reward myself ..apa ya???.An expensive & exclusive thing..

May 25, 2010

My New Born

presenting..




Nur Chempaka Airis

3.29kg,12.29pm May 18 2010..

Hospital Putrajaya

May 13, 2010

38 Weeks

Dah masuk 38 weeks..penat dah menunggu,masa aira dulu 37 weeks si comel tu dah keluar..aku pun dah tak sabar nak cuti ni..kat office pun budak part time yang ganti aku pun dah start keja..aku pun dah tak de mood nak keja ni..my cinta suggest aku ambik je MC start mingggu depan,dia risau aku tiba2 sakit nak bersalin masa kat office..kelam kabut di buat nye nanti..semua persiapan untuk sambut baby baru ni dah ready dah..bag ke hospital pun aku letak kat living room supaya senang my cinta nak capai bila saat2 nak bersalin tu tiba..
17 May ni ke KK Seri Kembangan untuk buat monthly check up..harap2 semuanye berjalan lancar tak de problem..takut kan saat2 akhir ni..

May 12, 2010

Kenal ABC

Zaman aku dulu, masuk tadika 6 tahun baru mula belajar nak kenal ABC, tapi zaman sekarang, kalau masuk 6 tahun masih lagi tak tahu membaca, alamatnya ketinggalan ler anak kita. Risau sungguh aku kalau anak aku  tergolong dalam kumpulan ini.Sekarang ni aku cuba kenalkan dia dengan huruf2,belikan buku2,vcd,flash card..aku juga cuba cari tips2 untuk mengajar anak membaca..Aku dapati cara yang paling mudah, bagi aku lah..dengan cara menyanyi,ajar ABC melalui lagu..tak kira lah suara aku tak sedap ke sumbang ke apa ke ..




aku dapati dia lebih cepat ingat berbanding dengan cara sebutan..nak ajar budak2 kita kenalah jadi macam budak2..bila dia pandai sebut satu2 huruf tu kita berilah pujian yang melangit pada dia sambil tepuk tangan cause dah pandai baca ABC ..baru lah dia ade semangat nak belajar..jangan lak kita pukul2 or marah2 kat dia kalau dia lambat nak sebut satu2 perkataan tu,bukan bermaksud anak2 ni bodoh cuma lambat skit je & ambik masa..kena lah sabar & rajin bila kita mengajar anak2 ini..1 hari 1 huruf lama2 dia hafal lah semua huruf tu..

May 2, 2010

Dah pandai nak melawa dah dia

Memang tak dinafikan wanita memang obses pada kecantikan.Menjadi fitrah manusia juga suka kepada kecantikan. Memang Allah buat naluri kita macam tu..Macam anak dara aku ni dah pandai nak melawa,umur baru 1 tahun lebih nak pandai nak bergaya..dah tahu ini untuk apa.. itu nak letak kat mana..

Selasa lepas aku lunch di  KLCC..macam biasalah bila dah ade kat shopping mall tak duit pun boleh jadi ade duit..aku lajak lah kat GAP butik konon2 nak tengok baju baby untuk baru ni ..saje2 nak cuci mata,memang tak ade niat pun nak beli lagi pun gaji belum keluar lagi..tiba2 aku ternampak sandle untuk aira..punya lah minat bila tengok pada harganye mcm berbaloi je beli "value for money" RM50++ je..aku pun capai tanpa fikir panjang2 terus  bayar je..Boleh lah budak comel ni pakai ke nursery selama ni aku dukung je dia cause dari umah ke nursery aira cuma selang 2 biji umah je..aku pun dah tak larat nak dukung dia memandangkan aku pun dah masuk 36 weeks..
Aku try pakaikan dia sandle tu,satu umah dia jalan nak memperagakan sandle baru dia,suka dia..tersenyum2..bila time nak buka sandle tu berguling2..menjerit2 dia tak nak bukak..puas pujuk dengan benda lain tak jalan gak..terjerit2..sampai penat tertido..kesian anak dara aku ni..