October 26, 2009

budak COMEL ni dah sihat dah...

Syukur pada ALLAH aira dah kembali sihat ,minggu lepas aira terjatuh di nursery nasib lah tak de kecederaan yang teruk cuma otot tangan dia je problem.Mula2 masa dapat sms dari budak yang jaga aira tu seriau gak hati aku ni,mana tak nye dia cakap cinta hati aku tu jatuh & tangan kiri tak boleh angkat,bila diangkat aira menangis,pulak tu kejap2 meragam..Aku dengan laju nye forwordkan sms tu ke my cinta and we balik cepat2..Sampai je umah kemas sikit2 barang aira & terus ambik dia & bawak ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi.Dalam perjalanan aira diam je,ekk pun tak de akk pun tak de,selalunye dia tak mahu duduk diam, dia mesti nak gerak sana sini..Doc check & katanye sendi2 dia no problem cuma maybe otot dia yang not ok..Syukur..nasib baik tangan budak comel tu tak de pe2.Kalau ape2 pada budak kenit ni akan aku serang nursery tu,segala polis,wartawan,tv semua aku bawakkan.Masa kat umah kesian tengok dia,tak boleh nak merangkak..bila minta sesuatu tangan kanan je yang bergerak,tangan kiri kaku je..sedih mummy dia..Terbaring je budak comel tu..aku letak kan dia dalam walker so tak ler dia boring,bila boring nanti meragam ler jawab nye nanti.Satu umah tak boleh lelapkan mata jawabnye.
Sebelum kejadian ni aira teruk batuk2 sampai kena ambik NAB(Nabulizer) untuk cairkan kahak.Masa ambik NAB tu mula2 dia teruja lah senyap je, tak sampai berapa saat dia mula nak meneroka benda tu,nak cabut topeng tu dari mulut dia..masa sedut gas ,lidah dia asyik terkeluar je,ketawa nurse kat situ tgk gelagat dia..Bila kita larang dia dari nak cabut topeng tu mula lah dia mengamuk,meronta2 sampai aku tak larat nak memegang dia,nasib baik 15min je kalau 1 jam masuk 1 hospital dengar jeritan dia..
Sakit tangan tu dua hari je,sekarang dah ok sepenuh nye,bila kita biarkan dia merangkak satu umah dia jalan,dari hujung sana ke hujung sini..

Tengok budak kenit ni,bawa kerusi gak dia minat

Pastu bila dia nampak benda yang lain macam sikit mula lah dia buat projek mengemas,sebak hati aku melihat nye,rasa nak gigit2 je dia.


Bila kita letakkan dia dalam walker sama gak..masuk bawah meja lah,kemas2 atas cabinet tv lah,capai sana capai sini.Langsung tak duduk diam dia..Bila kita tegur dia menjerit2 & tersengih2 dia.Biasalah kan budak nak membesar,nak marah pun bukan dia mengerti ape2.Dia sibuk dengan dunia dia je..so aku biarkan je lah dia meneroka ..
 
Seronoknye dia...bawah meja gak yang dia suka

Dah penat siang jalan ke hulu ke hilir,mengemas sana sini ,malam pengsan sampai pagi,tapi aira akan bangun 2 jam sekali untuk susu..Bila tengok dia tido hilang penat aku ,automatik badan aku pun mengeluarkan isyarat ZZZZZZZZZZZ.Nasib baik my cinta memahami so dia tolong lah kemas2 kan sisa barang yang bersepah2 tu..Thanks suami ku..I LOVE UUUU.

October 24, 2009

Kenapa Jadi Begini??????


Geram melihat manusia yang berperangai binatang,sanggup membunuh, mendera anak-anak yang tak terdaya..Baru2 ini kita terdengar berita kematian ALIA AIMAN yang di dera oleh boyfren mama nye..Arwah Alia disakiti dengan begitu kejam sekali,sanggup mama dia melihat anak yang dikandung selama 9 bulan,yang lahirkan dari rahimnye sendiri diseksa dengan begitu kejam oleh seorang lelaki yang tak ade perikemanusian.Pulak tu sanggup dia berbohong kerana nak melindungi jantan jahanam tu ,lupakah dia jantan tu yang menyeksa &membunuh anak dia,mana hilangnye perasaan dia sebagai seorang MAMA..sayangnye dia pada jantan jahanam tu melebihi dari darah daging dia sendiri yang mungkin satu hari akan menolong dia di dunia & akhirat..tak tahu ke dia???.lupa kah dia???..Kerana cinta manusia jadi bodoh..ni lah yang terjadi pada mama arwah ALIA..Al-Fatihah buat arwah ALIA...


Pagi-pagi lagi aku dah EMO kan..ni selingan untuk mengembalikan mood ceria pagi sabtu ni..yeahhhh..



ni gambar raya di Melaka kampung halaman ku yang tercinta,ni masa raya ke 2 semua adik beradik aku dapat berkumpul ramai2,tu ha new born baby Nur Elfira Rubyka anak kepada adik lelaki aku.

  
Di Majlis pernikahan makcik aku yang bongsu, bernikah kali ke dua..gambar ni masa raya ke empat..orang sibuk nak raya dia sibuk nak kawin anyway Selamat Pengantin Baru moga bahagia hingga ke hujung nyawa..
Dalam banyak2 dish masa majlis tu cup cakes tu yang lah paling laku sekali..
aku pun tak mengerti kenapa..




Ahhh.ni ha cinta hati aku dengan rambut kerinting dia..heboh mak mertua aku kata ikut ayah dia masa kecik..keturunan dia je yang rambut kerinting keturunan aku tak de..keturunan ayahnye kerinting yang jenis keras kejang tu,sorry suami ku aku cuma berkata yang benar je..jangan ambik hati kita kan open minded..Aku punye keturunan semuanye berambut halus,ikal..ceh wahhh puji melampau nampak.
Sayang anak mummy ni.

October 19, 2009

Kenangan Lalu

Di petang2 ni sambil makan pizza & dengar lagu Langkah Seiringan(Exist) kat office ni tiba2 ler pulak aku teringatkan kisah dulu2.Saat zaman gilang gemilang dulu..Zaman-zaman sekolah rendah,menengah,zaman muda remaja cehhh!!!!!..Rasa rindu sangat saat tu ingin sekali mengulanginye,seronok bebenau (org melaka tu)tak ingat dunia,ye lah hidup tak de komitmen.cuma tanggungjawab pada diri sendiri je kena tunai kan..senyum manis aku saat ni,ARGHHH!!!! jangan di ingat kisah lalu nanti makan hati..biarlah aku simpan semua kenangan tu dalam-dalam.
Kawan2 yang dulu rapat sekarang ni susah bebenau nak contact masing2 dengan sibuk life masing2..dengan anak2 dah bertambah,suami makin cerewet,beban kerja yang mengila..Walau apa pun keadaan nye kau orang tetap dalam hati aku..


Langkah Seiringan

Dikala Ku Keseorangan
Kenangan pun Datang
Menjelma Lagi
Terbayang Saat Saat
Yang Manis
Ketika bersama Dahulu

Tak Tertahan Menanggung Rindu
Di Saat Kau Berjauhan dari ku
Bayangmu Selalu Datang Menjelma
Membuat Teguhnya Cintaku

Oh Sayangku Hulurkan Tanganmu
Bersama Kita Bergandingan
Berdua Menuju Arah Bahagia
Melalui Liku-Liku Kehidupan
Pahit Manis Kita Hadapi Bersama
Semoga Kita Berdua Berbahagia..

September 18, 2009

AkU NaK DIETTTTTTTT


Pagi ni aku godeh2 tiba2 aku terjumpa satu blog orang yang bersemangat nak kurus kan badan..Aku tertarik & tiba2 semangat nak kuruskan badan berkobar2.Blog tu mmg meniup semangat aku untuk berdiet yang selama ini hati ku belum terbuka untuk mengorbankan kegemaran aku iatu  MAKAN..So aku pun dengan segera membuat jadual pemakanan aku dan semua itu bermula dari hari ini.My target hujung tahun ni aku MESTI,WAJIB turun ke 55 kg..bersemangat sungguh aku..Diet rendah kabor & high fiber aku planning nak ikut diet program tu.Yeah..moga berjaya...

September 17, 2009

Nak raya dah..


Cepatnye masa berlalu tinggal 2 hari je saja kita nak menyambut hari raya..kat office aku sekarang pun semua dah dalam mood Raya. Kerja pun dah takde ape sangat tinggal tunggu nak balik jee nih.. . Tiap-tiap tahun macam tu lah kan.. bila tinggal beberapa hari nak menyambut Syawal dia punya perasaan dan suasana tu lain macam sikit. Ada yang seronok dan tak kurang juga yang sebaliknya..

Persiapan hari raya aku biasa2 je,anaklah yg didahulukan dan diutamakan, dapat lak anak sorang mcm aku ni ha. semua tertumpu pada budak kenit tu..mummy & ayah nye jumaat malam baru planning nak gi tengok-tengok barang..pada awal2 puasa,rasa mcm excited je nak buat biskut raya tapi lama2 mood hilang lah pulak,sudahnye aku order je kat taukeh kuih ,ade lah dua tiga jenis yang menarik perhatian aku..

InsyaAllah, tahun ini, raya pertama kami anak beranak akan beraya di kuala kubu baru umah my cinta and raya kedua pagi2 kami tiga beranak bertolak ke melaka pulak,aku & aira akan duduk lama sikit kat melaka,sabtu (26/9)pagi baru balik ke KL ,my cinta akan balik awal ke KL cause raya ke 4 dia dah start keja dah, cuti nye tak approved.

Di kesempatan ini aku mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf diatas segala kesilapan.Bagi yang balik ke kampung tu berhati di jalan raya,and lastly jangan over makan di hari raya ni ya....

September 2, 2009

Berbuka Puasa di Shang ri La KL

Semalam kami dapat jemputan khas dari GwI untuk berbuka puasa di Shangri La KL,
Makanan di situ, jangan cakap la! Macam-macam ada... No bad comments la pasal makanan & the service
ni sebelum berbuka puasa,masing2 dah tak sabar nak penuhkan perut ni ha..
ni semua dah mcm ulau sawa,nak bangun pun dah tak larat

September 1, 2009

Anak sy lagi :) ::

Saje nak citer pekembangan Ara. Ara dah nak masuk 8 Bulan ,8 Sept nie genap 8 bln,berat dia 7.5kg..Sekarang ni Ara baru je nak expert merangkak tapi selalunye dia malas nak merangkak dia ambik mudah dengan cara guling2kan badan dia dr satu tempat ke satu tempat.Ara suka sgt mandi..isk..dia punya senyom,sampai telinga suka kocak2 air..kaki tgn x dok diam  kalau angkat je dia mulalah pegang tepi bath tub tu kekonon tak mahu sudah lg ler kan.Lagi satu klu pas mandi, bila time nak pakai kan dia baju, dia akan mengamuk sakan dia tak mahu.

Dua tiga hari lepas dia terkena nappy rash, pada mulanye aku ingat tak lah serius mn,aku letak jelah nappy cream,makin hari aku tgk ruam tu makin merebak & bila kau sapukan nappy cream tu dia menangis bagai kena dera,nampak mcm seksa je dengan penyakit tu aku pun bawak dia ke pakar kanak2 di Az-Zahrah bangi,doc tu very profesional beri maklumat dengan detail mcm dlm buku.katanye baby berkulit sensitif & kalau dibiarkan lama jangkitan kulat akan berlaku dan ini akan merebak ke seluruh badan,gunakan nappy cream yang mengandungi "zink",elakkan dari mengunakan bedak,tepung jagung dan sebagai nye cause ia menggalakan pertumbuhan bakteria..dia pun bagi antibiotik dan cream "zink",balik je umah aku pun sapu kat tempat ruam tu malam nye aku tengok dah kurang sikit.dia pun tak nangis bila kena air & masa aku sapukan cream tu..bagusnye.. klu tidak seksa aku nak pakaikan dia pampers..